Kanak-kanak Palestin maut ditembak tentera Israel

0
36
Rakyat Palestin berarak membawa jenazah, Mohammed Tamimi, yang dibunuh tentera Israel, pada 24 Julai lalu. (Gambar AP)

BAITULMAQDIS – Seorang kanak-kanak lelaki Palestin maut selepas terkena tembakan pada bahagian dada oleh tentera rejim Zionis dalam kejadian di Tebing Barat, semalam.

Dalam kejadian itu, Mohammed Al-Alami, 12, meninggal dunia di bandar Beit Omar Barat Laut Hebron selepas ditembak ketika menaiki kereta bersama bapanya.

Menurut kenyataan Kementerian Kesihatan Palestin, kematian itu menjadi yang kedua minggu ini selepas seorang remaja Palestin berusia 17 tahun maut akibat cedera ditembak sehari sebelumnya.

Kejadian dilaporkan berlaku sehari selepas tercetusnya kekecohan di kawasan pertikaian, di satu perkampungan di Beita.

Datuk Bandar, Nasri Sabarneh berkata, bapa Mohammed Al-Alami keluar memandu bersama-sama mangsa dan anak perempuannya sebelum berhenti di sebuah kedai.

Katanya, semasa kenderaan membuat pusingan U, pasukan tentera pengganas Israel yang berada berhampiran mengarahkan kenderaan diberhentikan.

“Seorang askar kemudian melepaskan tembakan ke arah kenderaan dan mengenai dada Al-Alami. Mangsa meninggal dunia akibat kegagalan organ dalam badan,” katanya memetik laporan media luar.

Sabarneh berkata, bapa dan anak perempuannya terselamat dalam kejadian itu.

Tentera Israel sedang menyiasat kejadian itu dan tidak mempunyai komen segera.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here