Kanser perut di peringkat akhir, ayah Ustaz Ebit Lew kini ‘menanti hari’

0
69

Gambar yang dikongsikan Ustaz Ebit Lew di laman Facebokknya hari ini

CYBERJAYA– Pendakwah terkenal, Ustaz Ebit Lew hari ini berkongsi perkembangan semasa kesihatan bapanya yang kian merosot akibat kanser perut.

Ustaz Ebit dalam hantaran di laman Facebooknya memaklumkan, ayahnya kini menanti hari’ dan doktor memaklumkan kanser perut yang dihadapi itu kini di peringkat akhir.

Ustaz Ebit berkata, beliau telah mendapat keizinan Kementerian Kesihatan untuk menziarahi bapanya walaupun masih dalam tempoh kuarantin.

“Pohon doakan buat ayah saya ya. Doktor kata kanser perut peringkat akhir. Menanti hari. Kanser sudah merebak semua. Semoga Allah mudahkan buat ayah saya.

“Dapat izin tengok sekali dan sekejap saja. Pakai peralatan perlindungan diri (PPE) penuh dan hasil ujian Covid-19 negatif. Lama lagi kuarantin. Terima kasih Kementerian Kesihatan,” tulisnya dalam hantaran tersebut hari ini.

Beliau turut memohon maaf kerana tidak dapat menjaga bapanya yang sedang sakit dan mengucapkan terima kasih kepada adik-beradiknya yang lain kerana menjaga bapa mereka.

Ebit yang baru pulang dari Gaza, Palestin turut mengimbau pesanan bapanya yang meminta beliau meneruskan misi membantu insan dalam kesusahan.

“Terima kasih bapa atas segalanya. Ya Allah jika ada pahala atas sedikit kebaikan yang kulakukan. Aku hadiahkan semuanya buat bapa. Hilangkanlah sakitnya. Janganlah bapa rasa sakit itu. Terima kasih ya Allah,” katanya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here