Keadaan PM bertambah baik

0
19

CYBERJAYA – Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dijangka dibenarkan keluar daripada hospital beberapa hari lagi.

Terdahulu, beliau dimasukkan ke hospital pada 30 Jun akibat mengalami jangkitan pada sistem penghadaman beliau.

“Selepas menjalani pemeriksaan kesihatan yang rapi, didapati tiada bukti menunjukkan masalah tumor lama yang berulang.

“Atas nasihat pasukan doktor, beliau kini berada di hospital untuk terus mendapatkan rawatan antibiotik intravena,” kata Pejabat Perdana Menteri dalam satu kenyataan, hari ini.

Kenyataan itu turut menambah, Perdana Menteri berada dalam keadaan stabil dan turut dibenarkan bertugas selama tempoh rawatan.

“Perdana Menteri turut mengucapkan ribuan terima kasih kepada orang ramai yang mendoakan kesihatan beliau,” kata kenyataan itu lagi.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here