Kebakaran di Turki: Sekurang-kurangya 4 terkorban

0
75
Beratus-ratus penduduk terpaksa dipindahkan berikutan hutan di selatan Turki

MANAVGAT – Sekurang-kurangnya empat orang terkorban dalam kejadian kebakaran hutan di Manavgat Antalya, Turki yang berlaku sejak kelmarin.

Dalam kejadian itu juga beratus-ratus penduduk terpaksa dipindahkan selepas kebakaran yang berlaku merebak dengan cepat sehingga ke kawasan lain.

Memetik laporan media tempatan, kebakaran hutan itu turut mula merebak dengan pantas ke daerah lain iaitu Adana, Osmaniye, Mersin, Kayseri, Kutahya dan Marmaris, Milas dan Bodrum di Mugla.

Keadaan kebakaran hutan di selatan Turki

Difahamkan lebih 70 kebakaran hutan berlaku di 17 wilayah di seluruh Turki sejak kelmarin, dan 38 daripadanya telah berjaya dikawal.

Pray For Turkey

Ketika ini pasukan penyelamat sedang berusaha memadam kebakaran itu dengan 3 pesawat, 38 helikopter, 472 penyiram air dan 4,000 anggota.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here