Kedah belum boleh beralih ke Fasa 2 PPN

0
38

CYBERJAYA – Negeri Kedah belum lagi boleh beralih ke Fasa Dua Pelan Pemulihan Negara (PPN) kerana masih belum cukup memenuhi nilai ambang yang ditetapkan kerajaan.

Menurut laporan portal Astro Awani, perkara itu dimaklumkan oleh Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan Kedah, Datuk Dr. Mohd. Hayati Othman.

Kata Dr. Mohd. Hayati, walaupun telah memenuhi nilai ambang membabitkan dua indikator iaitu kadar pemberian vaksin serta jumlah kes harian baharu Covid-19, Kedah masih belum mencapai nilai ditetapkan membabitkan penggunaan katil di unit rawatan rapi (ICU).

Beliau berkata, penggunaan katil ICU di negeri itu ketika ini masih berada pada tahap melebihi 80 peratus.

“Dari segi peratus vaksin kita dah lebih apa yang telah digariskan dalam nilai ambang itu, cuma dari segi jumlah penggunaan katil ICU kita tak dapat mencapai bawah 80 peratus lagi.

“Kalau 60 hingga 80 peratus kita boleh capai nilai ambang yang fasa kedua (PPN), sekarang kita duduk (berada pada tahap) 80 peratus ke atas, jadi kita nak menurunkan jumlah penggunaan katil di ICU di hospital di negeri Kedah,” kata Dr. Mohd. Hayati selepas program pengagihan bakul makanan Pakej PEMULIH Parlimen Pendang di Pusat Khidmat Wakil Rakyat (PKWR) Gajah Mati, Pendang, hari ini.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here