Kedai komputer, telekomunikasi, buku dan alat tulis dibenarkan dibuka esok

0
178
Gambar hiasan

CYBERJAYA – Kedai komputer dan telekomunikasi serta kedai buku dan alat tulis dibenarkan untuk beroperasi sepanjang tempoh Pelan Pemulihan Negara (PPN) berkuatkuasa esok.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, ia berikutan pandemik Covid-19 telah mengubah cara pembelajaran harian, dan semua institusi pendidikan kini mempraktikkan sistem pengajaran dan
Pembelajaran di Rumah (PdPR) secara dalam talian.

“Kebenaran itu diberikan setelah mengambil kira maklumbalas pelajar, ibu bapa serta tenaga pengajar.

Pada masa sama, katanya, ia juga untuk memastikan guru serta pelajar dapat menjalankan PdPRtanpa ganguan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Dalam pada itu, katanya, kerajaan juga
bersetuju untuk membenarkan pergerakan pelajar dari kawasan yang dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) atau ke kawasan PKPD dengan syarat mendapat kebenaran polis bagi tujuan mengambil peperiksaan termasuk peperiksaan professional.-MT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here