Kelantan tamatkan suntikan Sinovac, diganti dengan Pfizer

0
465
Doktor yang bertugas memberikan suntikan vaksin kepada penerima

KOTA BHARU – Jabatan Kesihatan negeri akan menamatkan pengagihan vaksin Sinovac pada akhir bulan ini.

Selepas ini, semua Pusat Pemberian Vaksin (PPV) di Kelantan akan dibekalkan dengan vaksin jenis Pfizer.

Perkara berkenaan dimaklumkan Pengarah Kesihatan Kelantan, Datuk Dr. Zaini Hussin dalam notis pemberitahuan bertarikh 13 Julai.

Dr. Zaini berkata, serentak itu semua PPV hanya akan dibekal dengan dos kedua vaksin Sinovac, mulai 18 Julai ini.

“Bekalan vaksin Sinovac kepada Kelantan akan ditamatkan pada akhir Julai dan akan digantikan dengan vaksin Pfizer.

“Oleh yang demikian tiada lagi bekalan Sinovac untuk dos pertama mulai tarikh berkenaan,” katanya dalam notis berkenaan.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here