Kelonggaran individu lengkap dua dos diumumkan minggu depan

0
185
Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin

KUALA LUMPUR – Kelonggaran bagi individu yang lengkap dua dos vaksin akan diputuskan pada Mesyuarat Majlis Pemulihan Negara (MPN) minggu depan.

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, keputusan itu akan mengambil kira kriteria-kriteria kelonggaran yang akan diberikan kepada kumpulan tersebut.

“Ia kemungkinan termasuk mempertimbangkan kebenaran merentas daerah. Kita akan selesaikan dalam mesyuarat kita minggu depan.

“Selepas itu, kita akan umumkan apakah kelonggaran yang akan diberikan agar mereka tidak terikat dengan keadaan sebegini begitu lama.

“Ini kerana mesti ada kebebasan dan kelebihan terutama untuk keluar walaupun tak rentas negeri, pertama pun rentas daerah dulu selepas itu untuk mereka berbelanja di kedai-kedai,” katanya di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika melawat Pharmaniaga LifeScience Sdn Bhd (PLS), anak syarikat Pharmaniaga Bhd (Pharmaniaga) hari ini.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here