Kelonggaran untuk penerima vaksin lengkap diumum tidak lama lagi

0
121
Ismail Sabri Yaakob

KUALA LUMPUR – Kerajaan akan mengumumkan kelonggaran kepada mereka yang telah menerima dua dos suntikan vaksin Covid-19 akan diputuskan dalam mesyuarat Majlis Pemulihan Negera dalam masa terdekat.

Antara yang sedang diberi keutamaan adalah kebenaran kepada pasangan suami isteri dan ibu bapa yang telah lengkap divaksin untuk merentas negeri bertemu dengan ahli keluarga.

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, perkara itu menjadi antara kelonggaran yang sedang diperhalusi dan akan diumumkan dan telah dibawa dalam mesyuarat Mesyuarat Keselamatan Negara (MKN).

Beliau berkata, kerajaan sentiasa mengambil berat keluhan rakyat yang terpisah dengan ahli keluarga termasuk komen-komen nitizen di media sosial.

“InsyaAllah, kerajaan sedang memperhalusi cadangan ini, bagi membolehkan pasangan dan keluarga jarak jauh disatukan semula, lebih-lebih lagi jika ibu bapa berkenaan sudah pun menerima dua dos vaksin.

“Sebagai seorang bapa, saya sedar betapa pentingnya institusi kekeluargaan itu kepada manusia. Walaupun atas faktor keselamatan, ibu atau bapa tidak sepatutnya terpaksa berpisah dengan anak-anak dalam tempoh yang terlalu lama,”katanya dalam kenyataan di Facebooknya hari ini.

Sebelum ini, Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, kelonggaran bagi individu yang telah lengkap dua dos suntikan akan diputuskan pada mesyuarat Majlis Pemulihan Negara, serta akan diumumkan dalam masa terdekat.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here