Kento Momota tersingkir awal, dimalukan pemain di rangking ke-25 dunia

0
637
Kento Momota

TOKYO – Kejutan besar berlaku dalam aksi perseorangan badminton lelaki apabila pemain di kedudukan nombor satu dunia, Kento Momota tewas kepada pemain di kedudukan 25 dunia dari Korea Selatan, Heo Kwang Hee dalam perlawanan terakhir Kumpulan A sebentar tadi.

Dalam aksi tersebut Momota tewas straight set dengan keputusan 21-15, 21-19 dan seterusnya gagal untuk melangkah ke pusingan kalah mati.

Berdasarkan format perseorangan badminton lelaki dalam temasya Olimpik, hanya pemain yang menduduki tempat pertama sahaja yang layak ke pusingan seterusnya.

Momota yang diletakkan harapan tinggi untuk membawa pulang pingat emas untuk negaranya gagal memberikan aksi terbaik dan banyak melakukan kesilapan mudah dalam aksi tersebut.

Keputusan perlawanan antara Momota menentang Kwanghee

Sebaliknya, Kwang Hee yang tidak diberikan harapan untuk melangkah ke pusingan kalah mati lebih banyak menyerang dan memerangkap Momota dengan smash yang padu dan permainan jaring yang menarik.

Dalam set kedua, Momota cuba bangkit semula dengan mengemaskan semula gaya permainannya, namun ia sudah terlewat apabila Kwang Hee mula mendapatkan rentak permainan untuk mengecewakan Momota di gelanggang sendiri.-MT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here