Kenyataan Kit Siang sangat biadap kepada umat Islam di negara ini

0
139
Omar Kassim

CYBERJAYA – Tindakan penasihat DAP, Lim Kit Siang memuatnaik hantaran mempersendakan kalimah Allah adalah tindakan biadap yang menghina agama dianuti majoriti penduduk negara ini.

Bekas Ahli Jawatankuasa Pusat Gerakan Islam Ikatan Muslimin Malaysia (Isma), Omar Kassim berkata, kenyataan veteran DAP itu seperti sengaja mahu mencabar dan mencetuskan kemarahan umat Islam.

“Ini pendekatan yang sangat tidak matang, biadap lagi menghina umat Islam oleh pemimpn DAP. Mempermainkan kalimah Allah adalah satu jenayah,” katanya dalam satu kenyataan di Facebooknya hari ini.

Omar berkata, kemuliaan kalimah Allah berada pada kedudukan tertinggi yang tidak sepatutnya diperlecehkan oleh rakyat negara ini.

“Jika kedudukan Yang Dipertuan Agong tidak boleh dipermainkan, adakah kalimah Allah boleh dipersendakan sebegini?,” soalnya.

Semalam, Kit Siang memuat naik satu kenyataan dalam bahasa Inggeri yang menyebut ‘If Allah government is the best form of government in Covid-19, why Malaysia is the last in the Economist global normalcy index losing out to countries none of which can claim to be Allah’s government.

Hantaran itu bagaimanapun telah dipadam.

Kenyataan itu dipercayai mengkritik tazkirah Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Dalam hantaran itu juga, Kit Siang turut memuat naik gambar pemimpin UMNO, PAS serta Bersatu.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here