Kerajaan Allah: Laporan polis dibuat terhadap Lim Kit Siang

0
853
Tangkap layar kenyataan berbaur hasutan oleh Lim Kit Siang

CYBERJAYA – Satu laporan polis dibuat terhadap penasihat DAP, Lim Kit Siang di atas satu hantaran di laman Facebook miliknya yang berbaur hasutan terhadap agama Islam.

Menurut Ketua Pergerakan Pemuda Umno Bahagian Jasin, Dr Akmal Saleh, hantaran yang dibuat oleh Ahli Parlimen Iskandar Puteri itu dilihat cuba menghasut dan menimbulkan kebencian terhadap agama Islam.

“Kami mohon agar pihak berkuasa mengambil tindakan yang keras terhadap beliau kerana apa yang dinyatakan di Facebook beliau ini mampu menggugat ketenteraman dan keharmonian rakyat malaysia yang berbilang kaum dan langsung tidak memikirkan sensitiviti umat islam di negara ini,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Dr Akmal berkata, semua pihak boleh berbeza pendapat dan fahaman politik, tetapi kenyataan merendahkan dan menghina agama lain langsung tidak boleh diterima.

“Kepada Kit Siang, hak anda untuk mengkritik kerajaan yang ada jika tidak bersetuju dengan kerajaan ini, tetapi bila mana nama dan kesucian agama kami dihina, itu hak kami untuk mempertahankan dengan apa cara sekalipun,” tegasnya.

Semalam, Kit Siang memuat naik satu kenyataan dalam bahasa Inggeri yang menyebut ‘If Allah government is the best form of government in Covid-19, why Malaysia is the last in the Economist global normalcy index losing out to countries none of which can claim to be Allah’s government.

Bagaimanapun hantaran itu dipercayai telah dipadam daripada umum.-MT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here