Kerajaan sentiasa bertindak untuk selamatkan nyawa dan hidup rakyat-PM

0
21
Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri menegaskan kerajaan sentiasa bergerak dan bertindak bagi menyelamatkan nyawa serta kehidupan rakyat.

Tan Sri Muhyiddin yassin berkata, kerajaan memahami keresahan dan kebimbangan rakyat apabila angka kes harian Covid-19 menunjukkan peningkatan.

“Kerajaan sedang berusaha sedaya mungkin untuk mengatasi kemelut dengan mempercepatkan program vaksinasi.

“Sekarang terbukti Malaysia pada hari ini adalah antara negara yang terpantas dalam memberi vaksin kepada penduduknya.

“Apa yang penting, kita mesti bersolidariti dalam menghadapi zaman yang sukar ini. Tidak usahlah kita berbalah dan menuding jari kerana di sana.

“Ada rakyat yang jiwanya sengsara, ada bapa yang tenggelam punca, ada anak yang menderita serta barisan hadapan kita terus terbeban dan hospital semakin tertekan.

“Marilah kita berganding bahu, mencari berkat dan meraih jaya pada setiap usaha sama. Bulat air kerana pembetung, bulat kita kerana muafakat. Bersatu kita pasti teguh, bercerai kita roboh,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan penerangan mengenai Pelan Pemulihan Negara (PPN) pada sidang khas Dewan Rakyat hari ini.

Dalam pada itu Perdana Menteri berkata, kerajaan menyedari impak pandemik kepada aspek kesihatan mental rakyat Malaysia.

Justeru katanya, beberapa langkah khusus sudah diambil bagi menyelesaikan cabaran yang dialami rakyat berkaitan isu kesihatan mental.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here