Kes baharu Covid-19 pecah rekod lagi, hari ini 11,618 kes dilaporkan

0
22
Petugas sanitasi swasta Lesha Solution Group Sdn. Bhd melakukan kerja-kerja sanitasi di dalam gerai-gerai makanan di tepi jalan di Taman Tenaga, Cheras bagi mengekang penularan wabak covid-19 pada program sanitasi awam di sekitar kawasan Bandar Tun Razak. – foto/FaridJanudin.

CYBERJAYA – Jumlah kes harian Covid-19 terus memecahkan rekod kes tertinggi hari ini apabila sebanyak 11,618 kes dilaporkan hari ini oleh Kementerian Kesihatan (KKM).

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, Selangor terus mencatatkan kes harian tertinggi dengan 5,051 kes diikuti Kuala Lumpur dengan 1,794 kes manakala Negeri Sembilan dengan 1,537 kes.

Beliau berkata, dengan pertambahan itu menjadikan jumlah kumulatif kes ialah sebanyak 867,567 kes.

Berikut ialah pecahan setiap negeri (Kumulatif):
Selangor – 5,051 (300,974)
Kuala Lumpur – 1,749 (92,837)
Johor – 396 (76,037)
Sabah – 286 (73,136)
Sarawak – 289 (69,865)
Negeri Sembilan – 1,537 (55,756)
Pulau Pinang – 210 (37,294)
Kelantan – 236 (36,721)
Kedah – 504 (30,000)
Perak – 164 (29,771)
Melaka – 526 (23,135)
Pahang – 400 (17,183)
Terengganu – 189 (12,181)
Labuan – 38 (9,305)
Putrajaya – 40 (2,761)
Perlis – 3 (611)

Semalam buat pertama kali kes Covid-19 mencecah lima angka dengan 11,079 kes selepas beberapa hari kes baharu berada pada angka melebihi 9,000 kes.

Dr Noor Hisham semalam juga menjangkakan kes harian tinggi akan direkodkan dalam tempoh seminggu dua ini berikutan saringan di kawasan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketat (PKPD) terutamanya di Selangor dan Kuala Lumpur.-MT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here