Kes baharu Covid-19 turun sedikit, tapi masih di paras membimbangkan

0
32
Petugas sanitasi swasta Lesha Solution Group Sdn. Bhd melakukan kerja-kerja sanitasi di dalam sebuah klinik di Taman Tenaga, Cheras bagi mengekang penularan wabak covid-19 pada program sanitasi awam di sekitar kawasan Bandar Tun Razak. – foto/FaridJanudin.

CYBERJAYA – Kes baharu Covid-19 hari ini turun sedikit berbanding semalam kepada angka 12,541 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, Selangor masih mencatatkan kes paling tinggi di seluruh negara dengan diikuti Negeri Sembilan sebanyak 1,619 kes dan Kuala Lumpur 1,542 kes.

Dalam pada itu, katanya, Perlis turut merekodkan tujuh kes hari ini iaitu sekali ganda berbanding semalam iaitu tiga kes.

Berikut pecahan setiap negeri (Kumulatif):

Selangor – 5,512 (312,606)
Kuala Lumpur- 1,542 (95,878)
Johor – 609 (77,245)
Sabah – 326 (73,832)
Sarawak – 423 (70,651)
Negeri Sembilan – 1,619 (58,978)
Pulau Pinang – 376 (38,179)
Kelantan – 225 (37,201)
Kedah – 458 (31,153)
Perak – 299 (30,414)
Melaka – 575 (24,194)
Pahang – 382 (17,787)
Terengganu – 102 (12,353)
Labuan – 24 (9,355)
Putrajaya – 62 (2,876)
Perlis – 7 (621)

Semalam negara dikejutkan dengan kes paling tinggi direkodkan iaitu 13,125 kes di seluruh negara.

Selain negeri di Lembah Klang, negeri-negeri yang diletakkan di bawah Fasa Kedua Pelan Pemulihan Negara (PPN) turut merekodkan pertambahan kes yang tinggi.-MT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here