Kes baharu kekal lebih 6,000 kes hari ini

0
15
PKPD telah dilaksanakan di beberapa mukim di Selangor dan Kuala Lumpur hari ini

CYBERJAYA- Kes positif baharu Covid-19 di Malaysia kekal merekodkan angka lebih 6,000 apabila sebanyak 6,658 kes dicatatkan hari ini.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, Selangor kekal merekodkan kes tertinggi iaitu sebanyak 3,047 kes.

Seterusnya kata Dr. Noor Hisham, Negeri Sembilan merekodkan sebanyak 699 kes dan Kuala Lumpur sebanyak 616 kes.

“Selain itu Johor (414 kes), Sarawak (361 kes), Melaka (345 kes), Sabah (322 kes), Pahang (200 kes), Kedah (145 kes), Pulau Pinang (142 kes), Labuan (108 kes) dan Perak (101 kes).

“Kelantan pula (89 kes), Terengganu (51 kes), Putrajaya (16 kes) dan Perlis (dua kes),” katanya dalam hantaran di laman Facebook hari ini.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here