Kes baharu lepasi 7,000!

0
15

CYBERJAYA – Negara mencatat sebanyak 7,654 kes baharu Covid-19 pada hari ini, angka tertinggi dalam tempoh 7 hari kebelakangan ini.

Menurut Kementerian Kesihatan (KKM), pertambahan ini menjadikan jumlah keseluruhan kes Covid-19 yang dilaporkan dalam negara kepada 792,693 kes.

Kenaikan ini bagaimanapun, sepatutnya sudah boleh dijangka berikutan aktiviti pengesanan aktif yang dilakukan di kawasan yang dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketat (PKPD) di Selangor dan WP Kuala Lumpur.

Kata KKM, Selangor merekodkan angka kes harian baharu tertinggi dengan 3,260 kes, diikuti Kuala Lumpur dengan 1,550 kes, dan Negeri Sembilan dengan 668 kes.

Tiada negeri yang bebas daripada penularan pada hari ini, dengan Perlis mencatat 2 laporan kes baharu.

Empat negeri lain mencatat pertambahan kes dalam dua digit iaitu Perak dengan 94 kes, diikuti WP Putrajaya (33), Terengganu (61) dan WP Labuan (82).

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here