Kes Covid-19 sekali lagi pecah rekod dengan 13,215 kes baharu

0
45
Petugas sanitasi swasta Lesha Solution Group Sdn. Bhd melakukan kerja-kerja sanitasi di dalam sebuah pasaraya Taman Tenaga, Cheras bagi mengekang penularan wabak covid-19 pada program sanitasi awam di sekitar kawasan Bandar Tun Razak. – foto/FaridJanudin.

CYBERJAYA – Ramalan pakar kesihatan bahawa kes baharu Covid-19 akan terus melonjak naik semakin menjadi realiti apabila 13,215 kes baharu dilaporkan hari ini dengan jumlah kumulatif kes juga semakin menghampiri 900,000 jangkitan.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, hampir separuh daripada jumlah keseluruhan kes Covid-19 hari ini disumbangkan oleh Selangor yang merekodkan sebanyak 6,120 kes baharu dalam tempoh 24 jam.

Beliau berkata, ia diikuti Negeri Sembilan dengan 1,603 kes diikuti Kuala Lumpur dengan 1,499 kes.

Pada masa sama, Perlis juga kembali merekodkan pertambahan kes untuk dua hari berturut-turut dengan tiga kes baharu hari ini.

Malah, enam negeri yang beralih ke Fasa Kedua Pelan Pemulihan Negara turut merekodkan kes jangkitan baharu yang tinggi dengan Kedah (695 kes), Pulau Pinang (509 kes), Sabah (370 kes), Sarawak (363 kes), Perak (344 kes), Kelantan (255 kes) dan Terengganu (70 kes).

Berikut pecahan setiap negeri (Kumulatif):

Selangor – 6,120 (307,094)
Kuala Lumpur – 1,499 (94,336)
Johor – 599 (76,636)
Sabah – 370 (73,506)
Sarawak – 363 (70,228)
Negeri Sembilan – 1,603 (57,359)
Pulau Pinang – 509 (37,803)
Kelantan – 255 (36,976)
Kedah – 695 (30,695)
Perak – 344 (30,115)
Melaka – 484 (23,619)
Pahang – 222 (17,405)
Terengganu – 70 (12,251)
Labuan – 26 (9,331)
Putrajaya – 53 (2,814)
Perlis – 3 (614)

Semalam, kes baharu sekali lagi merekodkan kes harian tertinggi dengan 11,618 kes sekali gus mencetuskan kebimbangan banyak pihak mengenai kes harian baharu Covid-19 yang semakin tidak terkawal di seluruh negara.-MT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here