
CYBERJAYA – Jumlah kes harian Covid-19 yang direkodkan sejak 24 jam lalu menurun sedikit daripada 9,353 semalam kepada 9,105 kes (hari ini).
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, peningkatan itu menjadikan jumlah kumulatif kes positif di negara ini kini 836,296.
“Selangor terus mencatatkan peningkatan jumlah kes dengan 4,682 kes baharu berbanding 4,277 semalam, diikuti dengan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (1,247), Johor ( 392), Sabah (271), Sarawak (270), Negeri Sembilan (541), Pulau Pinang (243).
“Kelantan pula merekodkan (150), Perak (207), Kedah (382), Melaka (278),
Pahang (300), Terengganu (38), WP Labuan (54), WP Putrajaya (49) dan
Perlis (1),” katanya melalui infografik di laman Facebook Kementerian Kesihatan (KKM) petang ini.
Sementara itu, KKM memaklumkan waktu operasi nombor hotline CPRC bagi menjawab pertanyaan orang ramai mengenai penyakit Covid-19 kini dilanjutkan sehingga 12 tengah malam.

Sementara itu Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata,
peningkatan jumlah kes Covid-19 disebabkan ujian saringan secara besar-besaran dan bersasar dilakukan di kebanyakan kawasan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di Selangor dan Wilayah Persekutuan.
Beliau berkata, kerajaan telah menjangkakan kes Covid-19 akan meningkat apabila PKPD dilaksanakan di 36 mukim di Selangor dan 16 lokaliti di Kuala Lumpur.