Kes harian Covid-19 melonjak dengan 8,868 kes

0
24

CYBERJAYA – Jumlah kes positif Covid-19 dalam negara terus ‘meroket’ apabila 8,868 kes dikesan dalam tempoh 24 jam yang lalu.

Semalam, Kementerian Kesihatan (KKM) rekodkan 7,097 kes menjadikan jumlah kes aktif 74,344 kes dengan 91 kematian.

KKM dalam kenyataan di Facebook petang ini berkata, peningkatan kes terbaharu itu menjadikan jumlah kumulatif Covid-19 negara kini sebanyak 808,658 kes.

Selangor menjadi negeri dengan kes tertinggi dengan 4,152 kes, diikuti dengan Kuala Lumpur (1,133) dan Negeri Sembilan (897) kes.

Sementara itu, Perak merekodkan sebanyak 543 kes, Kedah (360), Johor (336), Sabah (279), Sarawak (281), Pulau Pinang (237), Melaka (183), Pahang (152), Kelantan (135), Terengganu (68), Labuan (68), Putrajaya (47), Perlis (1).

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here