Kes harian Covid-19 turun kepada 8,574 kes

0
21
Petugas kesihatan memberi rawatan kepada salah seorang pesakit Covid-19. Gambar hiasan.

CYBERJAYA – Kes harian positif Covid-19 dalam negara mula menunjukkan penurunan hari ini dengan 8,574 kes berbanding 9,105 kes semalam.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, pertambahan kes baharu itu menjadikan jumlah kumulatif kes Covid-19 dalam negara kini mencecah 844,870 kes.

Selangor masih menjadi negeri yang merekodkan kes harian tertinggi iaitu 4,308 diikuti Negeri Sembilan (794) Kuala Lumpur (609) dan Kedah (415).

“Jumlah kes bagi Johor (407), Sabah (298),
Sarawak (235), Pulau Pinang (231), Kelantan (133), Perak (168), Melaka (411), Pahang (314), Terengganu(140), WP Labuan (66), WP Putrajaya (45) dan Perlis
Perlis (0).

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah semalam memaklumkan peningkatan kes di Selangor disebabkan oleh jumlah saringan secara besar-besaran di negeri itu.

Manakala kes harian Covid-19 di seluruh negara pula dijangka turun dalam masa seminggu atau dua minggu lagi ekoran program vaksinasi yang sedang rancak dijalankan.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here