Kes tertinggi positif Covid-19 direkodkan hari ini dengan 17,786 kes baharu

0
32
Dr. Noor Hisham Abdullah

CYBERJAYA – Pecah rekod lagi…hari ini menjadi jumlah tertinggi kes baharu dicatatkan di Malaysia iaitu dengan 17,786 kes positif Covid-19.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata berkata, pertambahan itu menjadikan kes kumulatif di Malaysia ialah 1,113,272 kes.

Dr Noor Hisham berkata, Selangor merekodkan sebanyak 6,400 kes, diikuti oleh Kuala Lumpur (1,962 kes), Kedah (1,389 kes), Johor (1,144 kes) dan Sabah (1,035 kes).

“Negeri Sembilan (929 kes), Terengganu (883 kes), Perak (775 kes), Pulau Pinang (713 kes), Melaka (697 kes), Pahang (653 kes), Kelantan (580 kes), Sarawak (485 kes) dan Putrajaya (116 kes).

“Selebihnya Perlis (16 kes) dan Labuan (sembilan kes),” katanya dalam hantaran di laman Facebook beliau hari ini. 

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here