Ketua parti diminta buat penggiliran ahli di Dewan Rakyat

0
21
Gambar hiasan

KUALA LUMPUR- Ketua parti diminta untuk membuat penggiliran ahli setiap sejam walaupun tiada had ditetapkan dalam Dewan Rakyat sepanjang berlangsung  mesyuarat khas Parlimen.

Perkara berkenaan dimaklumkan Speaker Dewan Rakyat, Datuk Azhar Azizan Harun memandangkan terdapat kes Covid-19 dikesan melibatkan kakitangan Parlimen dan juga Ahli Parlimen.

Azhar Azizan berkata, selepas keputusan positif Covid-18 itu diketahui semalam, beliau telah memanggil Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah untuk membincangkan perkara itu dan mendapatkan pandangan beliau.

“Keputusan yang akan diambil belum dimuktamadkan sama ada untuk hadkan jumlah kehadiran satu masa, dan juga mengenai masa persidangan.

“Saya masih menunggu persetujuan daripada pihak sebelah sini (kerajaan) mengenai perkara itu seperti yang dicadangkan tadi. Pada masa ini, keputusan Jawatankuasa Dewan Jumaat lepas masih kuatkuasa.

“Tetapi saya minta sangat-sangat kerjasama semua Ketua Whip, dapat kita ‘rotate’ keahlian di dalam dewan ini setiap jam,” katanya di Dewan Rakyat hari ini.

Menurut Azhar Azizan, Dr Noor Hisham juga bimbang dengan penularan wabak Covid-19 dalam Parlimen selepas 12 staf Parlimen didapati positif dan 58 lagi terpaksa jalani proses kuarantin kerana menjadi kontak rapat.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here