Khairul Anuar berjaya mara ke pusingan suku akhir acara memanah recurve

0
122
Khairul Anuar

TOKYO – Pemanah negara, Khairul Anuar Mohamad berjaya menewaskan pemanah dari China, Wang Dapeng dalam saingan kalah mati acara memanah recurve lelaki sebentar tadi dengan keputusan 6-5.

Kemenangan itu membolehkan Khairul Anuar melangkah ke pusingan suku akhir.

Terdahulu, Khairul Anuar berjaya mara ke pusingan tersebut selepas menewaskan pemanah Finland, Antti Vikstrom dalam aksi penuh debaran awal pagi tadi

Beliau yang ketinggalan 5-1 pada awalanya berjaya bangkit semula untuk menang 6-5 ke atas pemanah Finland itu.

Bagaimanapun masalah pada alat memanah pemanah Finland itu pada set terakhir’ saingan kalah mati itu memberi rahmat kepada pemanah negara untuk memenangi perlawanan itu.

Sementara itu, Khairul Anuar seterusnya akan bertemu sama ada Jack William dari Amerika Syarikat atau Kim Woojin dari Korea pada Sabtu ini dalam pusingan lapan terbaik.-MT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here