Kit ujian Covid-19 melalui air liur di peringkat akhir

0
47
Dr. Noor Hisham

KUALA LUMPUR – Kit ujian kendiri (Rapid Antigen Test) bagi mengesan Covid-19 melalui air liur yang dibangunkan oleh Institut Penyelidikan Perubatan (IMR) kini mencapai tahap sensitiviti 90 peratus dan akan digunakan tidak lama lagi.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, kajian yang dijalankan IMR itu telah selesai dan perincian panduan penggunaan kit ujian kendiri itu dijangka selesai pada minggu depan.

“Dua ujian kendiri air liur telah selesai dikaji oleh IMR dan kedua-dua mempunyai sensitiviti melebihi 90 peratus.

“MDA (Pihak Berkuasa Peranti Perubatan) sedang memperincikan panduan penggunaan dan insya-Allah akan selesai minggu depan,” katanya menerusi ciapan dalam Twitter hari ini.

Pada Mei lepas, Dr Noor Hisham memaklumkan terdapat dua syarikat menawarkan kit ujian itu untuk dijual di farmasi tempatan.

Katanya, penggunaan kit ujian air liur itu membolehkan individu membeli sendiri alat berkenaan dan melakukan sendiri Covid-19 tanpa perlu hadir ke fasiliti kesihatan.

Alat itu bagaimanapun digunakan untuk tujuan pengesanan awal dan pengesahan positif perlu dilakukan di klinik.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here