KKM cadang buka dua lagi PKRC di Lembah Klang

0
32
Hospital Pakar Kanak-kanak UKM (HPKKUKM)

CYBERJAYA – Dua buah lagi Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 Berisiko Rendah (PKRC) akan dibuka di Lembah Klang jika kes baharu masih meningkat dengan mendadak.

Kata Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Dr. Noor Azmi Ghazali, dua lokasi yang telah dikenal pasti adalah Universiti Teknologi Mara (UiTM) Dengkil dan Hotel Grand Seasons Kuala Lumpur di Jalan Pahang.

“Pembukaan dua PKRC ini dapat membantu mengurangkan bebanan di PKRC utama, sekaligus mengurangkan penggunaan katil di Lembah Klang yang kini pada tahap kritikal,” kata beliau dalam satu program bual bicara yang disiarkan secara langsung menerusi Bernama TV, hari ini.

Beliau menjelaskan, sebagai contoh, PKRC UiTM dapat menempatkan sehingga 1,200 katil.

Dr. Noor Azmi kemudiannya berkata, buat masa ini Kementerian Kesihatan (KKM) telah turut meningkatkan kapasiti di Hospital Kuala Lumpur (HKL), Hospital Tengku Ampuan Rahimah di Klang, Hospital Selayang dan Hospital Pakar Kanak-kanak UKM (HPKKUKM) di Cheras bagi menampung peningkatan kesnpositif terutama bagi kategori empat dan lima.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here