KKM nafi keluar kad vaksinasi

0
46
Kad vaksinasi penuh yang didakwa dikeluarkan oleh KKM.

CYBERJAYA – Kementerian Kesihatan (KKM) menafikan pihaknya mengeluarkan kad vaksinasi untuk pengesahan penerimaan lengkap dos vaksin sebaliknya menjelaskan kad yang ditularkan di sosial media itu adalah kad contoh yang digunakan dalam satu sidang media sebelum ini.

KKM dalam satu kenyataan berkata, kad vaksinasi dan QR code yang digunakan dalam sidang media pada 17 Mac lalu hanya sampel rekabentuk kad vaksinasi untuk (photo-opt) para wartawan dan jurugambar.

Menurut kenyataan itu, KKM juga tidak membuat sebarang perolehan kepada mana-mana pihak atau syarikat berhubung pengeluaran kad vaksinasi itu.

Sehubungan itu, KKM menyarankan mana-mana pihak agar tidak berkongsi atau menyebarkan berita tersebut kerana boleh memberi gambaran salah, seolah-olah KKM telah memberi kebenaran kepada mana-mana pihak untuk mengeluarkan kad vaksinasi.

Kenyataan itu menyebut, buat masa ini, sijil digital vaksinasi untuk mereka yang telah lengkap dua dos vaksin boleh diakses menerusi aplikasi MySejahtera.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here