KKM sahkan hanya Pfizer di Kelantan, negeri lain dalam masa terdekat

0
130
Doktor yang bertugas memberikan suntikan vaksin kepada penerima di Pusat Pemberian Vaksin (PPV).

CYBERJAYA – Kementerian Kesihatan (KKM) mengesahkan agihan vaksin Sinovac dihentikan di Kelantan dan digantikan dengan vaksin Pfizer.

Menterinya, Datuk Seri Dr Adham Baba, menjelaskan langkah itu diambil kerana jumlah Pfizer jauh lebih banyak di negara ini berbanding Sinovac.

“Sebanyak 45.7 juta dos vaksin Pfizer ditempah kerajaan berbanding hanya 15.9 juta dos Sinovac,” katanya dalam sidang akhbar hari ini.

Menurut Dr. Adham, bukan Kelantan sahaja, vaksin ke negeri-negeri lain juga akan digantikan dengan Pfizer dalam masa terdekat.

Menurutnya bukan sahaja Kelantan, vaksin ke negeri-negeri lain juga akan digantikan dengan Pfizer dalam masa terdekat.

“Bukan sahaja Kelantan, kita akan perluaskan ke negeri-negeri lain juga dalam masa terdekat,” katanya.

Terdahulu hari ini, Pengarah Kesihatan Kelantan, Datuk Dr Zaini Hussin memaklumkan Jabatan Kesihatan negeri itu akan menghentikan pengagihan vaksin Sinovac dengan digantikan vaksin Pfizer di semua PPV di Kelantan.

Menurutnya, bekalan vaksin berkenaan akan ditamatkan mulai akhir Julai ini dan semua PPV di Kelantan hanya akan dibekal dengan dos kedua vaksin Sinovac.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here