KKM sentiasa berusaha tingkatkan kapasiti pengesanan Covid-19

0
8
Penerima perlu mendaftarkan diri sebelum menerima suntikan vaksin di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Universiti Malaya.

KUALA LUMPUR – Kementerian Kesihatan sentiasa berusaha untuk meningkatkan kapasiti ujian bagi pengesanan Covid-19.

Menterinya, Datuk Seri Dr Adham Baba berkata, ia termasuk melalui kerjasama berterusan dengan pelbagai agensi Kerajaan dan pihak swasta. 

Dr Adham berkata, sehingga  26 Julai lalu, terdapat 51 makmal kerajaan dan 43 makmal swasta mempunyai kapabiliti untuk menjalankan ujian RT-PCR SARS-CoV-2 di seluruh negara.

“Kesemua makmal tersebut mampu melakukan ujian sebanyak 122,603 ujian sehari berbanding kapasiti ujian RT-PCR pada bulan Mac 2020 yang hanya 6,210 ujian sehari iaitu peningkatan sebanyak 1,874 peratus.

“Berdasarkan peningkatan keupayaan ini, kapasiti ujian di setiap negeri telah ditingkatkan. 

“Sebagai contoh, di negeri Selangor, bilangan ujian RT-PCR yang telah dijalankan pada tahun 2020 adalah sebanyak 840,165 dan jumlah ini meningkat kepada 2.43 juta dalam tempoh 6 bulan pertama tahun 2021,” katanya ketika sesi penerangan pada hari kedua Mesyuarat Khas Dewan Rakyat hari ini.

Menurut Dr Adham, Malaysia adalah antara negara pertama yang menggunakan kaedah ujian RTK-Ag SARS-CoV-2 untuk pengesanan Covid-19 di fasiliti kesihatan dan lapangan. 

“Ujian RTK-Ag di Malaysia bermula pada Mei 2020. Sehingga 26 Julai 2021, ujian RTK-Ag SARS-CoV-2 yang telah dijalankan oleh fasiliti kesihatan Kerajaan dan swasta adalah sebanyak 8,325,083 (agensi Kerajaan: 2,589,655 dan agensi swasta: 5,735,428),” katanya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here