Kompaun serta merta jika restas mukim di Selangor

0
359
Anggota Polis memeriksa dokumen kebenaran merentas daerah atau negeri pemandu kenderaan pada Sekatan Jalan Raya (SJR) di Lebuhraya Persekutuan menghala ke Pusat Bandar berikutan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bermula 1 Jun 2021 hingga 14 Jun 2021.

CYBERJAYA- Polis Selangor akan mengenakan kompaun serta-merta kepada individu yang merentas mukim tanpa kebenaran ketika Perintah Kawalan Pergerakan Diperketat (PKPD) yang bermula hari ini.

Ketua Polis Selangor Datuk Arjunaidi Mohamed berkata, kompaun dikenakan kepada mereka yang sudah melepasi kawasan dan akan diarah berpatah balik serta-merta.

“Kalau dia belum melepasi sempadan kita akan arah patah balik tetapi kalau dia sudah merentasi sempadan kita akan kompaun dan arah patah balik. Jika merentasi sahaja sempadan dia sudah melakukan kesalahan,” katanya dalam program ‘Bual Bicara PKPD di Selangor: Yang Perlu Anda Tahu’ yang disiarkan secara langsung di Media Selangor semalam.

Menurut Arjunaidi, berdasarkan pengalaman sebelum ini, kesalahan ingkar prosedur operasi standard (SOP) paling tinggi dilakukan warga Selangor adalah tidak memakai pelitup muka, gagal menjaga penjarakan fizikal dan merentas sempadan.

Mengulas mengenai operasi pemantauan di kilang, Arjunaidi memaklumkan terdapat kilang yang beroperasi tanpa surat kebenaran dan ada yang mempunyai surat tetapi apabila diperiksa ia bukan dari sektor yang dibenarkan.

“Ada juga kilang yang didapati beroperasi melebihi had yang ditetapkan kerana jumlah yang dibenarkan adalah sebanyak 60 peratus sahaja. Kita telah memberi arahan untuk diambil tindakan,” katanya tanpa menyatakan jumlah kilang yang dikenakan kompaun.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here