KPDNHEP Selangor puas hati dengan harga dan barangan di Malakat Grocer

0
129
Ketua Pegawai Penguatkuasa KPDNHEP Selangor, Aminuddin Mohamad ketika melakukan pemeriksaan di Malakat Grocer di Malakat Mall Cyberjaya

CYBERJAYA- Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna  (KPDNHEP) Selangor berpuas hati dengan harga dan barangan yang dijual di Malakat Grocer di Malakat Mall.

Ketua Pegawai Operasi Malakat Grocer, Farah Hazwani Amir Hashim berkata, pihaknya juga dimaklumkan semua barangan makanan asas seperti beras, gula dan tepung mencukupi untuk pelanggan.

“Alhamdulilah, hari ini Malakat Grocer menerima kunjungan pegawai-pegawai KPNDHEP Selangor untuk membuat pemeriksaan. Kita menerima maklum balas positif berkaitan harga dan juga bekalan.

Ketua Pegawai Penguatkuasa KPDNHEP Selangor, Aminuddin Mohamad ketika melakukan pemeriksaan di Malakat Grocer di Malakat Mall Cyberjaya

“Tiada sebarang isu berbangkit termasuk dalam soal lesen dan sebagainya, mereka juga menyatakan harga jualan di Malakat Grocer berpatutan,” katanya ketika ditemui Malakat Tribune hari ini.

Menurut Farah Hazwani, antara barangan yang diberikan perhatian dalam pemeriksaan berkenaan ialah harga minyak masak dan sememangnya harga di Malakat Grocer murah berbanding tempat lain.

Ketua Pegawai Penguatkuasa KPDNHEP Selangor, Aminuddin Mohamad ketika melakukan pemeriksaan di Malakat Grocer di Malakat Mall Cyberjaya

“Pegawai yang memeriksa terkejut melihat harga minyak masak, lebih murah berbanding tempat lain. Untuk minyak masak, kita sememangnya pasarkan produk keluaran muslim,” katanya.

Terdahulu pasukan penguat kuasa KPDHEP Selangor yang diketuai Ketua Pegawai Penguatkuasa, Aminuddin Mohamad melakukan pemeriksaan hampir sejam di Malakat Grocer, Malakat Mall.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here