Krisis bekalan oksigen: Indonesia mohon bantuan Singapura, China

0
83

JAKARTA – Kira-kira 10,000 alat penghasil oksigen akan tiba dari Singapura bagi membantu menangani krisis bekalan oksigen di hospital di seluruh negara.

Menurut Menteri Hal Ehwal Maritim dan Pelaburan, Luhut Binsar Pandjaitan, pihaknya telah memohon bantuan daripada beberapa buah negara seperti Singapura dan China bagi membantu mereka menangani krisis ini.

“Kami telah berhubung dengan Singapura, China dan beberapa sumber lain bagi bantuan.

“Jika masih tidak mencukupi, kami akan membuat pesanan bekalan oksigen dari negara lain juga,” kata Luhut kepada AFP, hari ini.

Beliau telah turut mengarahan supaya kesemua bekalan oksigen negara ditumpukan kepada hospital yang padat dengan pesakit Covid-19.

Buat masa ini, lebih daripada 12 hospital di Surabaya, bandar raya kedua terbesar di Indonesia, sudah padat dengan pesakit dan tidak lagi menerima pesakit baharu.

“Sistem kesihatan berdepan keruntuhan, hospital sudah penuh, bekalan oksigen juga semakin meruncing, dan perkhidmatan kesihatan di (Pulau) Jawa dan Bali tidak mampu lagi lonjakan pertambahan kes pesakit kritikal,” kata sebuah badan bukan kerajaan (NGO), Save the Children, dalam satu kenyataan.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here