Kumpulan Malakat Eco akan jalin kerjsama dengan FAMA

0
264
Salam Zulkarnain

CYBERJAYA – Kumpulan Malakat Eco akan berkerjasama dengan Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) dalam rantaian pembekalan produk.

Ketua Pegawai Operasi Malakat Mall, Salam Zulkarnain berkata, Kumpulan Malakat Eco juga akan membantu FAMA dalam soal pemasaran produk segar keluaran agensi itu.

Salam berkata, perbincangan awal telah diadakan bersama FAMA dan pihaknya merancang untuk memperincikan lagi segala kerjasama itu selepas ini.

“Alhamdulillah, perjumpaan awal telah dilakukan. Kita melihat banyak bentuk kerjasama boleh dijalinkan antara kedua-dua pihak terutamannya dalam rantaian pembekalan.

“Kita akan perincikan lagi selepas ini, FAMA ada fasiliti dan kemudahannya tersendiri dan kita sedia membantu untuk pemasaran produk petani, peladang dan penternak.

“Sudah pastinya pembekalan itu termasuk untuk rangkaian Malakat Grocer kita dan juga di pasar-pasar lain,” katanya ketika ditemui Malakat Tribune hari ini.

Mengulas lanjut, Salam berkata, Malakat Mall juga akan bekerjasama dengan FAMA untuk menganjurkan pasar tani di Malakat Mall Cyberjaya dan Malakat Mall Masjid Tanah.

“Insya-Allah pasar tani ini akan dimuktamadkan selepas kita memasuki Fasa 2 Pelan Pemulihan Negara (PPN). Maklumat mengenai pasar tani ini juga akan diperincikan selepas ini,” katanya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here