Kumpulan Malakat Eco dan Bizmilla jalin kerjasama, tawarkan kredit RM5 juta untuk pelanggan

0
2611
Mila Jirin dan Mohd Fadzil Hashim dalam sesi Live Malakat Eco Talk malam tadi

CYBERJAYA – Kumpulan Malakat Eco dengan kerjasama Bizmilla Grocer secara rasmi menawarkan kredit membeli belah sebanyak RM5 juta kepada warga Selangor, Kuala Lumpur dan Melaka.

Berita gembira untuk 100,000 pelanggan terawal itu diumumkan dalam program Live Malakat Eco Talk antara Pengasas Kumpulan Malakat Eco, Mohd Fadzil Hashim dan Pengasas Bizmilla Catering (M) Snd Bhd, Mila Jirin malam tadi.

Mila ketika setika live berkenaan memaklumkan, kredit membeli belah bernilai RM5 juta itu akan diberikan secara ‘cash back’ kepada pelanggan yang mendaftar secara percuma sebagai ‘Vip Members’ di https://bizmillagrocer.com/ .

“Bizmilla bersama Kumpulan Malakat Eco akan memperuntukkan kredit membeli belah sebanyak RM5 juta yang akan memanfaatkan kepada 100,000 warga Selangor, Kuala Lumpur dan juga Melaka.

“Insya-Allah, kita juga akan aktifkan Bizmilla Grocer untuk anda para pelanggan membeli secara atas talian dan barangan yang dibeli akan dihantar terus ke rumah anda. Apabila ‘shopping’ dapat lagi duit tambahan.

“Saya dan suami (Ahmad Ailis Mohamed Mustapha) menyambut baik kerjasama dengan Kumpulan Malakat Eco ini dengan matlamat menaikkan ekonomi ummah,” katanya dalam sesi Live Malakat Talk malam tadi.

Menurut Mila atau nama sebenarnya Noorsyarmilla Jirin, kali pertama menjejakkan kali ke Malakat Mall beliau sudah ‘jatuh cinta’ dengan penerapan yang dibawa termasuk dengan pelbagai produk tempatan.

“Apabila tengok produk yang ada di Malakat mall, saya sudah tidak sabar untuk ‘promote’, kalau bukan kita siapa lagi. Alhamdulillah, semoga kerjasama ini dapat menaikkan lagi taraf ekonomi ummah.

“Saya juga berharap, inisiatif menawarkan kredit membeli belah ini dapat membantu orang ramai dan bakal pelanggan untuk berbelanja di Malakat Mall Cyberjaya, Malakat Mall Melaka dan cawangan Malakat Grocer,” katanya.

Terdahulu, Mohd Fadzil dalam sesi live berkenaan mengumumkan Bizmilla sebagai rakan kongsi Malakat Mall Cyberjaya Sdn. Bhd selain bertangungjawab membantu Kumpulan Malakat Eco secara keseluruhannya.

“Kumpulan Malakat Eco menawarkan dan sudah pun diterima oleh Bizmilla (Mila dan suami) sebagai rakan kongsi khusus di Malakat Mall Cyberjaya Sdn Bhd dan ruang tangungjawabnya seluruh malakat ekosistem,” katanya.

Mohd Fadzil berkata, faktor utama pemilihan Bizmilla ialah beliau melihat keikhlasan Mila dan suami selain mereka juga merupakan usahawan yang berpotensi besar dalam bidang diceburi.

“Pada mulanya, Mila datang untuk jual barang di grocer namun, kita saling membuat tawaran.

“Kumpulan Malakat eco bersyukur kerana dapat bersama Mila dan suami. Alhamdulillah saya berharap, kerjasama ini dapat membuka ruang untuk membantu para usahawan kita pada masa akan datang,” katanya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here