Kumpulan Malakat Eco selamatkan Warung Chatok, kini kembali beroperasi semula

0
253


Warung Chatok kembali beroperasi semula bermula hari ini

CYBERJAYA – Warung Chatok di Neo Cyberjaya di sini kembali beroperasi semula dengan kolaborasi hebat bersama anak syarikat Kumpulan Malakat Eco iaitu Malakat Food Sdn Bhd.

Ketua Pegawai Eksekutif Malakat Food Sdn Bhd, Abdul Aziz Juhari berkata, sempena penbukaan semula itu, pelbagai tawaran dan promosi menanti pelanggan yang datang.

Abdul Aziz berkata, antara program sempena pembukaan Warung Chatok ialah pihaknya mengadakan program Infaq Makanan Bermasak kepada warga Cyberjaya yang terkesan dengan Covid-19.

Ketua Pegawai Eksekutif Malakat Food Sdn Bhd, Abdul Aziz Juhari menunjukkan antara menu di Warung Chatok.

“Mereka yang terkesan boleh datang ambil makanan secara percuma di Warung Chatok. Isikan maklumat diri untuk dapatkan makanan percuma sepanjang waktu operasi.

“Warong Chatok dibuka pukul 8 pagi hingga 8 malam. Sempena pembukaan ini, kita juga berikan 500 bekas Taufa Tea Amo secara percuma senalam lima hari kepada 100 pelanggan terawal.

“Lebih menarik setiap pembelian ‘luch padu’ akan disertakan ais lemon tea percuma. Untuk hidangan set ‘luch’ padu’ harganya bermula pada harga RM5,” katanya ketika ditemui Malakat Tribune hari ini.

Menurut Abdul Aziz, terdapat lebih 20 pilihan menu dan lauk pauk di Warung Chatok untuk makan tengah hari dan orang ramai dijemput untuk menikmati hidangan yang disediakan ini.

Selain itu katanya, menu istimewa untuk makan tengah hari ialah pihaknya ada menyediakan pelbagai jenis ikan bakar dan bermula pukul 4 petang masakan panas ala Thai juga akan mula beroperasi.

Dalam pada itu katanya, pelanggan juga boleh memesan pelbagai jenis air di Warung Chatok dan paling menarik semua pilihan minuman tea amo ada di wagon yang disediakan di sini.

Untuk makluman, Warung Chatok yang terletak di Neo Cyberjaya milik usahawan Puan Shahmira ini antara perniagaan yang terkesan akibat pandemik Covid-19 dan diselamatkan oleh Kumpulan Malakat Eco.

Restoran yang menyajikan hidangan masakan melayu untuk makanan tengahari hingga makan malam ini masih dikekalkan konsepnya dan diambil alih oleh Malakat Food Sdn Bhd dengan menambah baik aneka jenis menu.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here