KWSP umum permohonan i-Citra dibuka esok

0
128
Gambar hiasan

CYBERJAYA – Permohonan bagi pengeluaran i-Citra untuk pencarum ahli Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) yang layak akan mula dibuka esok.

Jabatan Hal Ehwal Korporat Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) berkata,
permohonan itu dibuat tiga hari lebih awal dari tarikh ditetapkan

Katanya, permohonan itu boleh dibuat melalui laman sesawang icitra.kwsp.gov.my.

“Bagi memudahkan permohonan dalam talian i-Citra, ahli dinasihatkan untuk memastikan nombor telefon bimbit mereka adalah sama seperti dalam rekod KWSP bagi urusan penerimaan One-Time Password (OTP), di samping mempunyai akaun bank yang masih aktif untuk bayaran pengeluaran terbabit.

“i-Citra membolehkan ahli yang layak untuk membuat pengeluaran simpanan KWSP mereka sehingga jumlah maksimum RM5,000 tertakluk kepada jumlah baki simpanan dalam Akaun 1 dan 2,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut kenyataan itu, pembayaran pertama i-Citra dijangka dikreditkan ke dalam akaun bank pencarum mulai bulan hadapan.

i-Citra diperkenalkan selaras dengan pengumuman Pakej Perlindungan Rakyat dan Pemulihan Ekonomi (PEMULIH) oleh Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin pada 28 Jun lalu.

Jumlah pengeluaran yang diluluskan akan dibayar sehingga lima kali bayaran iaitu sebanyak RM1,000 sebulan tertakluk kepada baki simpanan.

Ia adalah inisiatif jangka pendek bagi membantu pencarum yang terkesan dengan cabaran ekonomi akibat pandemik Covid-19 serta mengimbangi keperluan masa kini dan masa depan ahli.

Untuk maklumat lanjut mengenai i-Citra serta cara membuat permohonan, pencarum boleh merujuk laman komunikasi rasmi KWSP di laman sesawang www.kwsp.gov.my atau menghubungi talian hotline i-Citra di 03-89224848.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here