Langgar SOP: Polis buka kertas siasatan terhadap Mahfuz Omar

0
232
Gambar yang tular di media sosial menunjukkan Ahli Parlimen Pokok Sena dipercayai melanggar SOP PPN Fasa Satu

CYBERJAYA – Polis membuka kertas siasatan terhadap Ahli Parlimen Pokok Sena, Mahfuz Omar selepas dipercayai melanggar prosedur operasi standard (SOP) ketika menyerahkan bantuan makanan kepada penduduk.

Menurut Ketua Polis Daerah Kota Setar, Ahmad Shukri Mat Akhir, siasatan itu dibuat mengikut Peraturan-peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (PPDPP) 2020.

Beliau berkata, kes disiasat kerana tidak memakai pelitup muka dan tidak menjaga penjarakan sosial.

“Hasil siasatan awal mendapati terdapat beberapa keping gambar yang dimuat naik oleh pemilik akaun Facebook oleh nama Nurul Amin bin Hamid.

“Kertas siasatan berhubung kejadian berkenaan dibuka dan kita akan panggil beberapa saksi bagi membantu siasatan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Dalam gambar yang tular di laman sosial, Ahli Parlimen terbabit dilihat duduk bersila di atas meja sambil berbual bersama beberapa individu secara terbuka.

Orang ramai mempertikai tindakan Ahli Parlimen terbabit kerana negeri ini masih dalam tempoh PPN Fasa Satu yang tidak membenarkan sebarang bentuk perhimpunan atau majlis keramaian.-MT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here