
CYBERJAYA – Lebih 14 juta dos vaksin Covid-19 telah diedarkan kepada rakyat Malaysia setakat semalam.
Kata Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Adham Baba, sejak program pemberian vaksin dilaksanakan pada 24 Feb lalu, sebanyak 14,002,324 dos telah selesai diagihkan.

Daripada jumlah itu, seramai 9,570,974 individu telah menerima satu dos, manakala 4,431,350 lagi telah melengkapkan dos kedua.
Beliau berkata demikian menerusi satu hantaran menerusi akaun Twitter miliknya.
Bagi semalam, sebanyak 380,440 dos suntikan vaksin Covid-19 diagihkan, melibatkan 253,830 individu yang menerima dos pertama, manakala 126,610 lagi lengkap dos kedua.