Lebih 15 juta dos suntikan vaksin di seluruh negara

0
14
Doktor yang bertugas memberikan suntikan vaksin kepada penerima di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Universiti Malaya.

CYBERJAYA – Sehingga semalam, sebanyak 15,517,866 dos suntikan vaksin Covid-19 telah diberikan kepada orang ramai di seluruh negara.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba berkata, untuk semalam, sebanyak  sebanyak 446,052 dos vaksin diberikan hingga 11.59 malam tadi.

“Ia merangkumi 282,980 individu menerima suntikan pertama manakala 163,072 penerima dos kedua,” katanya di laman Twitter.

Menurut Dr. Adham, perkembangan itu menjadikan jumlah terkini individu lengkap dua dos vaksin sebanyak 4,932,981 iaitu 15.1 peratus, populasi rakyat negara ini.

“Labuan kekal negeri yang mencatatkan peratusan penduduk dewasa lengkap dua dos vaksinasi tertinggi dengan 68 peratus, diikuti Sarawak (49.4 peratus), Perlis (36.5 peratus), Lembah Klang (22.7 peratus) dan Negeri Sembilan (21.8 peratus),” katanya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here