
CYBERJAYA – Sebanyak 16,904,896 dos suntikan vaksin Covid-19 telah diberikan kepada penduduk di negara ini sejak Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) dilancarkan pada 24 Februari lalu sehingga semalam.
Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba menerusi perkongsian di Twitternya berkata, setakat 11.59 malam tadi, jumlah keseluruhan populasi yang melengkapkan kedua-dua dos vaksin adalah 5,397,826.
“Sementara itu, 11,507,070 lagi mendapat suntikan dos pertama vaksin,” katanya.
Dalam pada itu, katanya, bagi vaksinasi harian pula, Dr Adham berkata, sebanyak 417,738 dos diberikan semalam.

Katanya, ia merangkumi sebanyak 284,672 individu menerima suntikan pertama manakala 133,066 penerima dos kedua.-MT