Lee Zii Jia mohon maaf gagal rebut ringat

0
16
Lee Zii Jia

TOKYO – Pemain badminton perseorangan negara, Lee Zii Jia memohon maaf kepada seluruh rakyat negara ini kerana gagal meraih pingat pada Sukan Olimpik Tokyo 2020.

Zii Jia membuat kenyataan itu selepas tewas kepada pemenang pingat emas di Sukan Olimpik Rio, Cheng Long dalam pusingan kali mati semalam sekaligus tersingkir untuk kelayakan seterusnya.

Pemain berusia 23 tahun itu mengaku sedar dia adalah antara pemain harapan negara untuk membawa pulang pingat pada Olimpik kali ini dan telah mencuba sehabis baik.

“Saya memohon maaf kerana tidak dapat menghadiahkan pingat seperti diharapkan,” katanya selepas perlawanan tersebut.

Pada aksi di Musashino Forest Sport Plaza di sini malam ini, Zii Jia tumpas kepada juara bertahan Chen Long selepas dia mempamerkan rentak permainan yang bertenaga pada awalnya.

Zii Jia bermula cemerlang di set pertama dengan kemenangan 21-8, namun tumpas 19-21 di set kedua sebelum hilang tumpuan pada set penentuan apabila kecundang 5-21.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here