Lelaki Orang Asli tetak harimau belang

0
478
Keadaan lelaki Orang Asli yang terselamat daripada serangan harimau belang-Gambar Sinar Harian

GUA MUSANG-Seorang lelaki Orang Asli terpaksa menetak harimau belang menggunakan golok bagi menyelamatkan diri selepas diterkam haiwan berkenaan.

Ketika kejadian di Kampung Badak, Pos Bihai, semalam itu, Adin Andok, 43, dalam perjalanan pulang ke rumah selepas mencuci kenun ubi kayu miliknya.

Menurut laporan Sinar Harian, kejadian berlaku kira-kira pukul 2 petang dan Adin mengalami luka di bahagian lengan dan juga mata.

Adin berada dalam keadaan stabil selepas menerima rawatan sebelum dirujuk ke Hospital Kuala Krai untuk pemeriksaan lanjut pada bahagian mata.

Sementara itu anak mangsa, Kenwak Adin,25, berkata, m dia bersyukur apabila ayahnya terselamat dalam kejadian ‘ngeri’ itu.

“Saya merakamkan jutaan terima kasih kepada Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan (JKNK) dan semua pihak yang telah berusaha sebaik mungkin merawat ayah saya,” katanya seperti dilaporkan Sinar Harian.

Selain itu, dia berharap ayah kembali sihat dan dapat menjalankan pekerjaan seperti biasa selepas ini.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here