Lintas kawat berduri, Polis kenal pasti dua individu

0
44
Gambar PDRM

CYBERJAYA- Polis sudah mengenal pasti identiti dua daripada tiga lelaki yang melarikan diri dari Projek Perumahan Rakyat (PPR) di Jalan Kampung Pasir, Pantai Dalam yang dikenakan PKPD.

Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner Anuar Omar berkata, individu pertama berumur 34 tahun memiliki enam rekod lampau berkaitan dadah dan jenayah seperti samun, curi dan lain-lain.

Anuar berkata, individu kedua pula berumur 46 tahun dan memiliki sembilan rekod lampau berkaitan jenayah seperti kes pecah rumah serta dadah.

“Kedua-duanya merupakan warga tempatan manakala seorang lagi belum dapat diketahui identitinya kerana berjaya meloloskan diri menerusi kawat duri yang dipasang di sekeliling blok terbabit,” ujarnya dalam kenyataan hari ini.

Jelas beliau, laporan polis sudah dibuat kira-kira pukul 4.51 petang selepas video memaparkan tiga individu menyusup keluar melalui kawat duri di PPR berkenaan tular di media sosial.

“Pemeriksaan polis di lokasi kejadian mendapati terdapat kawat besi rosak dan dipercayai telah digunakan tiga individu berkenaan untuk melarikan diri,” ujarnya.

Tegasnya, polis sedang giat mengesan individu terbabit dan kes disiasat mengikut Seksyen 22(b) Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988. 

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here