Long Tiger dikuarantin, proses pendakwaan ditangguhkan

0
546
Long Tiger

JOHOR BAHRU – Proses pendakwaan terhadap seorang lelaki Rohingya yang terkenal dengan gelaran ‘Long Tiger’ hari ini di Mahkamah Majistret terpaksa ditangguhkan berikutan dia perlu menjalani kuarantin.

Memetik laporan Harian Metro, Ketua Polis Johor, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay berkata, ia selepas Long Tiger dipercayai menjadi kontak rapat dengan individu dijangkiti Covid-19.

Semalam media melaporkan, Long Tiger akan didakwa di Mahkamah Majistret Tangkak pagi hari ini.

Ayob Khan menerusi sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen ( IPK) Johor mengesahkan Timbalan Pendakwa Raya bersetuju untuk melakukan pendakwaan kes membabitkan suspek selepas meneliti kertas siasatan.

Sebelum itu, Long Tiger ditahan polis dalam satu serbuan di Muar pada jam 9.45 malam, 12 Julai lalu kerana dipercayai terbabit dalam kes mengurung bekas pekerjanya.

Long Tiger direman bermula 13 Julai lalu dan kes berkenaan disiasat di bawah Seksyen 506 Kanun Keseksaan kerana menggugut dan Seksyen 342 Kanun Keseksaan kerana mengurung dengan salah

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here