Mahkamah Rayuan bebaskan Ku Nan dari hukuman rasuah

0
174

PUTRAJAYA – Mahkamah Rayuan di sini membebaskan bekas Menteri Wilayah Persekutuan, Tengku Adnan Tengku Mansor atas tuduhan menerima rasuah RM2 juta lima tahun lalu.

Dengan keputusan itu, Tengku Adnan atau Ku Nan terlepas daripada hukuman penjara 12 bulan dan denda RM2 juta yang diputuskan oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur tahun lalu.

Keputusan penghakiman melalui majoriti 2-1 itu disampaikan oleh Hakim Mahkamah Rayuan, Datuk Suraya Othman yang mengetuai tiga panel selepas membenarkan permohonan Ku Nan untuk mengenetepikan hukuman sebelum ini.

Persidangan penghakiman dibarisi dua lagi hakim iaitu Hakim Datuk Abu Bakar Jais dan Hakim Ahmad Nasfy Yasin.

Dalam penghakiman, hakim membuat keputusan bahawa keterangan Tan Sri Chai sebelum ini dan keterangan daripada pegawai sisatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Saad Bordani yang mengesahkan sumbangan wang sumbangan diterima Ku Nan adalah sumbangan politik.

Datuk Suraya mendapati bahawa keputusan yang dibuat oleh Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, Mohd Zaini Mohd Mazlan tidak memiliki arah yang jelas dan tersalah arah.

Pada 21 Disember 2020, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur menjatuhkan hukuman penjara 12 bulan dan denda RM2 juta selepas Ku Nan didapati bersalah atas pertuduhan menerima rasuah RM2 juta berhubung tugas rasminya lima tahun lalu.

Hakim Mohamed Zaini Mazlan membuat keputusan itu selepas mendapati pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah terhadap kes itu.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here