Makan sedulang memang sedap, lebih-lebih lagi dining di restoran musim PKP

0
452
Gambar yang dimuat naik Tan Sri Annuar Musa di laman Twitternya malam tadi

CYBERJAYA – Menteri Wilayah Persekutuan, Tan Sri Annuar Musa mendakwa Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi telah melanggar prosedur operasi standard (SOP) ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Pendedahan dibuat di laman Twitternya malam tadi melalui sekeping gambar Ahmad Zahid yang menikmati hidangan di sebuah restoran ketika negara sedang menjalani PKP bersama Setiausaha Agung PKR, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail.

“Makan sedulang memang sedap…Lebih-lebih lagi kalau dapat dining di restoran musim PKP,” tulis Annuar sebagai kapsyen untuk gambar yang dimuat naik olehnya di laman Twitter malam tadi.

Pada masa sama, gambar yang dikongsi oleh Annuar itu turut memaparkan Ahli Parlimen Sungai Petani, Datuk Johari Abdul yang turut menyertai sesi makan sedulang tersebut.

Semalam, Annuar telah dikompaun RM2,000 selepas polis mendapati beliau melanggar SOP kerana berkunjung ke kediaman bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi, Sabtu lalu.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here