
CYBERJAYA – Negara mencatat angka kes harian Covid-19 tertinggi baharu hari ini apabila sebanyak 9,180 kes dilaporkan di seluruh negara.
Trend menaik ini adalah disebabkan ujian palitan yang diadakan secara agresif di lokaliti yang dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketat (PKPD) terutamanya di Selangor dan WP Kuala Lumpur.
Pertambahan ini menjadikan jumlah keseluruhan kes yang dilaporkan di dalam negara kepada 817,838 kes.

Menurut Kementerian Kesihatan (KKM), Selangor menjadi negeri dengan kes harian tertinggi apabila sebanyak 4,400 kes berjaya dikesan.
WP Kuala Lumpur kedua tertinggi dengan 1,271 kes, diikuti Negeri Sembilan dengan 899 kes.
Hanya Perlis menjadi negeri tunggal yang melaporkan pertambahan kes dalam satu digit, iaitu hanya 1 kes baharu dilaporkan.