Makin ramai ‘ustaz’ dan ‘influencer’ ambil kesempatan untuk ‘ride the wave’

0
720
Pengasas Malakat Mall, Mohd Fadzil Hashim memberi penerangan mengenai Bank Koperasi Tanpa Riba (Noriba) semasa majlis pelancaran di Malakat Mall. – FARIDJANUDIN/MT

CYBERJAYA – Makin ramai ‘ustaz’ dan ‘influencer’ yang mahu mengambil kesempatan untuk ‘ride the wave’ berhubung isu bantuan pertubuhan bukan kerajaan (NGO).

Pengasas Kumpulan Malakat Eco, Mohd Fadzil Hashim berkata, ketika ini adalah lebih baik untuk semua pihak berhenti membuka aib sesama sendiri di media sosial.

“Dah hari Jumaat dah. Makin banyak pulak Ustaz dan Influencer nak ambil kesempatan untuk ‘ride the wave’ isu bantuan NGO.

“Stop (berhenti) lah membuka aib sesama di media sosial. Tiada siapa yang perfect (sempurna),” katanya dalam hantaran di laman Facebooknya hari ini.

Menurut Mohd Fadzil, orang umum memang tidak sanggup untuk buat kerja NGO yang turun di masa semua orang tidak sanggup turun.

“Tak nak tengok lagi ada pelakon tambahan yang nak ride the wave,” katanya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here