Malakat Eco tawar perlindungan privasi melalui aplikasi Liqaa

0
92
Antara muka aplikasi Liqaa yang dibangunkan kumpulan Malakat Eco untuk menggantikan penggunaan aplikasi sidang video dari Barat.

CYBERJAYA – Pengguna aplikasi tele-persidangan yang mementingkan tahap keselamatan dan privasi lebih baik kini boleh menggunakan Liqaa yang dibangunkan oleh Kumpulan Malakat Eco.

Pengasas Kumpulan Malakat Eco, Mohd Fadzil Hashim berkata, aplikasi sidang video yang kini tersedia di Apps Store dan Play Store itu menawarkan ciri-ciri kerahsiaan dan keselamatan data peribadi

“Pengguna tidak perlu lagi bimbang mengenai keselamatan data, pencerobohan kamera komputer atau bayaran yuran bulanan.

“Mari kita menggunakan Liqaa, aplikasi macam Zoom untuk menjaga hak dan privasi alam siber kita sebagai pengguna.

“Sila download dan beralih ke platform ‘kita’ sendiri,” katanya dalam hantaran di Facebooknya hari ini.

Mohd Fadzil atau lebih dikenali sebagai Coach Fadzil berkata, aplikasi yang dibangunkan oleh anak tempatan itu menawarkan enkripsi menyeluruh bagi persidangan secara maya dengan akses hanya dihadkan kepada peserta sahaja.

Selain jaminan itu katanya, aplikasi Liqaa juga menawarkan ciri-ciri keselesaan pengguna termasuk tiada had penyertaan dalam setiap sesi sidang video.

Pembangunan aplikasi itu katanya bertujuan menyediakan platform baharu kepada pengguna terutama rakyat negara ini untuk mengelakkan sebarang pencerobohan privasi seperti yang dilaporkan berlaku di beberapa aplikasi popular.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here