Malakat Food tawar perkhidmatan penyediaan all day meals box

0
110
Antara menu yang disediakan oleh Malakat Food

CYBERJAYA – Malakat Food Sdn Bhd menawarkan perkhidmatan katering ‘All day meals box’ kepada mana-mana pihak yang ingin mendapatkan perkhidmatan penyediaan makanan bermasak.

Ketua Pegawai Eksekutif Malakat Food Sdn Bhd, Abdul Aziz Juhari berkata, tawaran itu terbuka kepada semua termasuk pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang ingin membuat sumbangan.

Abdul Aziz Juhari

Katanya, Malakat Food juga merupakan penyedia makanan yang dilantik oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) untuk menyediakan makanan di kawasan PKPD di Wilayah Persekutuan.

“Pasukan katering berpengalaman di Casa De Madani bersedia untuk membantu mana-mana pihak dalam penyediaan makanan bermasak. Kami juga berpengalaman luas dalam bidang ini.

Antara menu pilihan oleh Malakat Food

“Pelbagai pilihan variasi menu menarik dapat kami sediakan yang merangkumi sarapan pagi, makan tengah hari, minum petang dan juga makan malam,” katanya kepada Malakat Tribune hari ini.

Mengulas lanjut, Abdul Aziz berkata, orang ramai yang ingin mendapatkan perkhidmatan Malakat Food tidak perlu bimbang kerana pihaknya telah mendapat kelulusan Kementerian Kesihatan.

Antara menu pilihan oleh Malakat Food

“Untuk penyediaan makanan bermasak, kami sememangnya telah mendapat kelulusan KKM (Kementerian Kesihatan) dengan pemantauan kualiti yang ketat bertaraf lima bintang,” katanya.

Selain itu katanya, Malakat Food berkeupayaan untuk menyediakan sehingga 10,000 pek makanan sehari dengan segala aspek penyediaan makanan terjamin dan menepati citarasa pelanggan.

“Alhamdulillah…fasiliti kita (Malakat Food) dan mempunyai ‘central kitchen’ sendiri untuk tempat proses penyediaan makanan,” katanya.

Mereka yang berminat untuk mendapatkan perkhidmatan daripada Malakat Food boleh menghubungi Abdul Aziz di talian 012-2850117 untuk tempahan dan pertanyaan.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here